PENDANG – Kira-kira 3,000 pengikut fahaman Syiah Imammiah di Kedah yang telah dikenal pasti kebanyakan terdiri daripada golongan profesional.'

Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan berkata, semua pengikut fahaman itu dari Jitra, Pendang, Sungai Petani, Alor Setar dan beberapa kawasan berhampiran.

Katanya, 30 peratus daripada jumlah pengikut fahaman Syiah adalah wanita berumur antara 20-an hingga 50-an.

“Kebanyakan pengikut Syiah bukan penduduk kampung biasa malah daripada golongan profesional antaranya guru, pensyarah dan ahli akademik.

“Di Pusat Hussainiah Az-Zahra merupakan tempat berkumpul untuk aktiviti pengajian dan ibadat yang masih aktif sejak 1991 sehingga sekarang,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Kampung Alor Berala Tobiar, Pendang semalam.

Abdullah berkata, lebih 200 pengikut akan berkumpul setiap kali mengadakan majlis secara besar-besaran di situ.

“Kira-kira 80 ahli Syiah akan hadir mengikuti pengajian diadakan waktu siang bagi mengikuti pengajian kitab-kitab Syiah seperti Tafsir, Tauhid, Akhlak, Sirah dan sebagainya mengikut fahaman Syiah.

“Tempat ini dibina khusus sebagai tempat pembelajaran dan ibadat khusus untuk ahli-ahli Syiah sahaja,” katanya.

Katanya, ahli Syiah terdiri daripada ahli Umno dan Pas yang tidak mahu lagi aktif dalam parti politik masing-masing sehingga ada segelintir pengikut fahaman itu tidak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu kerana kecewa apabila banyak pihak menentang fahaman Syiah.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin menyatakan kembimbangan terhadap penularan syiah di Perlis. Beliau mendakwa, gerakan syiah di negeri itu turut dipercayai berkait rapat dengan sebuah parti politik.
  • IPOH - Penguatkuasaan bagi mengekang aktiviti penyebaran fahaman Syiah di negara ini perlu dikemas kini dan diperkasakan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
  • HULU KINTA - Kerajaan tidak bercadang meminda Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2016 (Sosma) bagi membendung penularan ajaran Syiah di Malaysia.
  • KUALA LUMPUR - Dakwaan yang mengatakan ahli Syiah di negara ini mencecah sehingga 300,000 orang adalah tidak benar dan hanyalah khayalan semata-mata.
  • KUALA LUMPUR - Ajaran syiah di negara ini dilihat semakin berkembangan dalam bidang ekonomi serta dapat memberi ancaman kepada masyarakat, kata Timbalan Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ulamak Kedah, Abdullah Din.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.