KOTA BHARU - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menetapkan sebanyak 15 sekolah ganti bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sekiranya ada dewan peperiksaan di Kelantan, dinaiki banjir.

Timbalan Pengarah JPN, Abdullah Mat berkata, sebanyak 10 sekolah daripadanya terletak di Kota Bharu, dua di Pasir Mas dan masing-masing satu di Tumpat, Jeli dan Gua Musang.

Menurutnya, keputusan ini dibuat selepas JPN mengenal pasti 62 daripada 279 sekolah seluruh Kelantan, berisiko banjir.

"Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh dan Gua Musang adalah antara pusat peperiksaan yang dijangka terdedah dengan kenaikan paras air akibat perubahan musim tengkujuh kali ini.

"Bagi melancar perjalanan calon ke pusat peperisaan, JPN juga menyediakan kemudahan asrama kepada pelajar yang terlibat dengan bencana," katanya, selepas melawat pusat peperiksaan SPM dan STPM, di Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh, pagi tadi.