KOTA BHARU - Atas rasa tanggungjawab sosial terhadap masyarakat Telekom Malaysia Berhad TM memilih Badan Bukan Kerajaan NGO di Kelantan dengan memberi sumbangan RM 10,000 kepada setiap agensi terbabit.

Ia bersempena kempen penggunaan pelanggan Unifi yang mencecah 1juta baru-baru ini.

Pengurus Besar TM Kelantan,  Azman Yusof berkata,  bagi meraikan kempen 'Keajaiban Sejuta' itu, 10 NGO Kelantan turut di pilih antara 100 yang terpilih di seluruh Malaysia.   

"Selaras dengan moto kami Hidup dan Perniagaan Lebih Mudah Bersama TM ke arah Kesejahteraan Malaysia makan kami harap sumbangan ini dapat membangunkan NGO terbabit.

"Pemilihan NGO berkenaan adalah berdasarkan hubungan mereka dengan TM dan selalu bekerjasama dengan pihak kami, " katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media, di sini hari ini.

Hadir sama Pengurus Perhubungan Awam Telekom Malaysia Berhad Kelantan Daros Stam.

Dalam perkembangan lain pihaknya turut berbangga apabila pengguna di Kelantan juga mempunyai pelanggan lebih 2,500 dari 1 juta pengguna Unifi dan menjangkakan akan bertambah kepada 15, 000 pada penghujung tahun ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SERI MANJUNG - Pelbagai cara boleh dilakukan bagi membantu golongan memerlukan, termasuklah mengumpulkan pakaian terpakai untuk disumbangkan kepada orang ramai.
  • BAHAU - Sebanyak RM2,850 dana berjaya dikumpulkan oleh Kelab Chammundi FC dalam usaha membantu sebuah keluarga susah di Bahau, menerusi Majlis Makan Malam kelab tersebut yang diadakan baru-baru ini.
  • TUMPAT - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menafikan satu mesej yang tular di media sosial adalah kenyataan beliau ketika Sidang Dun.
  • SEREMBAN - Sebanyak 10 NGO menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap seorang individu susulan kenyataan berhubung kejadian kebakaran Pasar Besar Seremban dalam laman sosial 'Facebook' miliknya yang berbaur fitnah
  • KUALA LUMPUR - Waktu kebenaran operasi premis hiburan di ibu negara perlu dikaji semula kerana disifatkan menjadi punca masalah moral umat Islam di negara ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.