LABIS - Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya maut selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 165 Johor Bahru-Seremban berhampiran pekan Tenang Stesen, di sini pada kira-kira jam 12 tengah hari, hari ini.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Raub Selamat berkata, mangsa yang maut ialah Hamzah Selamat, 40, yang merupakan pemandu kereta dan ibunya, Mokminah Kasdini, 73, yang duduk di bahagian penumpang belakang.

"Ketika kejadian, kereta Proton Wira Aerobak yang dipandu mangsa bersama ibu, isterinya yang berumur 39 tahun dan anak perempuannya yang berumur empat tahun itu dalam perjalanan dari arah Labis-Segamat.

"Sewaktu tiba di lokasi kejadian, sebuah lori dari arah Segamat-Labis telah hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar bahagian kanan kereta yang dinaiki mangsa," katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, pemandu kereta dan ibunya yang tersepit akibat rempuhan tersebut juga meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk dibedah siasat manakala isteri dan anaknya yang cedera parah dirawat di hospital sama.

"Pemandu lori turut cedera dan sedang dirawat di HDS. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Saya ingin menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati terutama pada keadaan cuaca tang tidak menentu ini bagi mengelakkan sebarang kejadian diingini," katanya.

Sementara itu, pegawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat Labis, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Sharfini Nasar berkata, selain membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit, pihaknya juga membantu membersihkan tumpahan minyak di atas jalan raya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • REMBAU - Berpantang maut, sebelum ajal. Itu yang dapat disimpulkan apabila seorang lelaki hanya mengalami cedera ringan walaupun kereta dipandunya musnah dalam kemalangan di Kilometer 42, Jalan Seremban-Tampin, dekat Kendong, di sini, semalam.
  • KUANTAN - Dua beranak maut dan dua lagi cedera parah selepas kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah lori 12 tan yang membawa muatan tanah di Kampung Sungai Soi di sini, hari ini.
  • KOTA TINGGI - Seorang pemuda maut selepas Perodua Viva dipandu bertembung dengan sebuah lori Hino di KM 37 Jalan Johor Bahru - Mersing berhampiran Taman Kota Besar, petang tadi.
  • SHAH ALAM - Tujuh lori 10 tan dan dua treler milik sebuah kilang membuat kotak di Jalan Bukit Kemuning di sini, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.
  • TAMPIN - Seorang pemandu lori kontena berhadapan detik cemas apabila kenderaan dipandunya dihempap pokok tumbang di tepi jalan utama Seremban-Tampin, dekat Batu 1, di sini, semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.