Ka Siong (kanan) bersama ahli keluarga Murugan semasa lawatannya ke rumah mereka sambil menghulur ba
Ka Siong (kanan) bersama ahli keluarga Murugan semasa lawatannya ke rumah mereka sambil menghulur bantuan keperluan harian.

YONG PENG – Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Ir Dr Wee Ka Siong turun padang untuk melihat sendiri aduan berkenaan sebuah keluarga yang kurang berkemampuan sehingga bekalan utilitinya terpaksa dipotong.

“Pihak kami difahamkan, selain pasangan suami isteri, rumah ini juga dihuni 13 anak mereka yang berumur antara dua bulan hingga 18 tahun dan kos persekolahan anak mereka agak tinggi.

“Kami turut diberitahu ketua keluarga berkenaan A. Murugan hanya bekerja sebagai pembantu kebun dengan pendapatannya sekitar RM800 setiap bulan, manakala, isterinya B M Letchumy tidak bekerja,” katanya.

Menurut Ka Siong, walaupun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberikan bantuan bulanan sebanyak RM300 untuk perbelanjaan keluarga berkenaan dan RM400 untuk anak-anak, namun ianya tidak mencukupi.

Katanya, buat sementara ini, pihaknya menghulurkan bantuan sebanyak RM1,000 selain membantu dengan alternatif lain untuk mengeluarkan keluarga ini daripada dibelenggu kemiskinan seperti memulakan perniagaan.