BATU PAHAT - “Terkejut saya…apabila gambar saya yang cuba membantu meleraikan kesesakan lalu lintas di persimpangan Jalan Peserai dan Jalan Bakau Chondong, di sini menjadi viral,” kata seorang pelajar tingkatan empat.

Gelagat pelajar berkenaan, Muhammad Syameel Mad Daud, 16, yang berdiri di tengah-tengah persimpangan jalan, seolah-olah polis trafik yang bertugas ‘mengawal’ kesesakan jalan raya akibat lampu isyarat terputus bekalan elektrik itu terus menjadi bualan.

Kata Muhammad Syameel yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Onn di sini, menyatakan ketika kejadian berkenaan berlaku di dalam perjalanan pulang ke rumahnya, di Kampung Parit Lapis.

Menurutnya, dia yang tertanya-tanya pada mulanya mencari punca sebenar kesesakan luar biasa itu, akhirnya menemui jawapannya apabila lampu isyarat simpang empat itu tidak berfungsi.

“Semasa kejadian, saya dalam perjalanan pulang daripada aktiviti kokurikulum, dengan menunggang motosikal, namun motosikal saya tidak bergerak dalam tempoh yang lama tetapi bila sampai di sini, rupanya lampu isyarat rosak.

“Tanpa berlengah lagi setelah turun daripada motosikal, saya terus ke tengah jalan membantu menyuraikan kesesakan ini, saya tidak mempunyai niat lain hanya untuk membantu pengguna jalan raya yang lain.

"Saya tak sangka gambar saya cuba membantu menyelesaikan kesesakan jalan raya di persimpangan jalan akibat lampu isyarat terputus bekalan elektrik itu menjadi tular di media sosial terutamanya di laman Facebook,” katanya ketika ditemui hari ini.

Menurut Syameel, pada mulanya dia berasa amat gementar untuk turun daripada motosikal tetapi dia kuatkan semangat, walaupun ada rasa risau termasuklah keselamatannya di tengah jalan raya terbabit.

Katanya, namun setelah 15 minit ‘bertugas’ di tengah-tengah pusat bandar Batu Pahat ini dia didatangi oleh polis trafik yang terus membantu menyelesaikan kesesakan yang berlaku itu.

"Selepas pihak polis trafik sampai ke tempat kejadian, mereka turut memberi amaran kepada saya kerana perbuatan begini amat bahaya dan mengancam keselamatan saya, tetapi saya sudah memohon maaf kepada polis trafik dan menerima nasihat mereka agar tidak melakukannya lagi.

"Walaupun tindakan saya ketika sangat bahaya, tetapi saya rasa amat berpuas hati kerana dapat membantu orang ramai yang menggunakan jalan raya berkenaan daripada menghadapi kesesakan jalan raya,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • IPOH - Seorang wanita bertindak membuat laporan polis selepas video dia bersama rakannya memegang mercun bola mula mendapat kecaman selepas ia dikaitkan dengan insiden perlawanan bola sepak antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT), semalam.
  • SEREMBAN - “Kami jiran pun takut dengan mereka (anak dan ibu). Kadangkala ibu pelajar itu bertindak di luar kawalan,” kata seorang jiran yang mengenali keluarga remaja perempuan yang bertindak membuang air besar di sebuah dobi di Lobak, di sini, sehingga menjadi tular di laman sosial, kelmarin.
  • SHAH ALAM - Pasaraya NSK Taman Sentosa Klang di sini hari ini menyangkal keras dakwaan penemuan najis haiwan atas rak yang menjual produk ikan bilis seperti yang tular sejak 28 September lalu.
  • BAGAN DATUK - Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mah Hang Soon menafikan dakwaan penolong pegawai perubatan dan ambulans tidak membantu mangsa kemalangan yang tular sejak kelmarin.
  • PUCHONG - Seorang penumpang kereta maut manakala seorang lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Jalan Bandar 3, Pusat Bandar Puchong di sini, pagi tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.