KLUANG - Balu Allahyarham Ishak Ismail, 48, yang pernah memegang jawatan Pengerusi Biro Kebajikan Felda Bukit Tongkat, di sini, menerima wang khairat kematian dan sumbangan daripada pihak Felda bernilai 10,000 yang disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kahang, R Vidyananthan, baru-baru ini.

Sallina Saim, 46, berkata, arwah suaminya meninggal dunia pada Oktober tahun lepas akibat terjatuh dan mengalami pendarahan di kepala.

Menurutnya, kesan pendarahan yang dialami, suaminya koma selama dua hari sebelum meninggal dunia dan tidak pernah menghidap sebarang penyakit berbahaya sebelum ini.

Sallina berkata, dia ingin mengucapkan terima kasih di atas pemberian sumbangan berkenaan kepadanya sekeluarga.

“Wang yang diperoleh ini akan digunakan untuk keperluan anak yang masih belajar di kolej dan perbelanjaan sekeluarga. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Gabungan Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) Felda Wilayah Segamat yang turut menghulurkan sumbangan kepada kami sekeluarga,” katanya kepada Sinar Harian.

Hadir sama pada majlis penyerahan bantuan berkenaan, Timbalan Pengerusi Gabungan JKKR Felda Wilayah Segamat, Md Edros Kandar yang turut menyampaikan sumbangan bernilai RM1,000 kepada keluarga Sallina.

Sementara itu, Pengurus Rancangan Felda Bukit Tongkat, Zainal Johari berkata, sumbangan wang khairat tersebut diberikan kepada keluarga arwah kerana banyak jasanya kepada Felda.

Menurutnya, arwah Ishak juga bekerja dengan Gabungan JKKR Felda Wilayah Segamat, jadi mereka
turut menghulurkan sumbangan kepada keluarga arwah .

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KLUANG - Seorang pembantu penyediaan makanan di sebuah hospital di sini, mencari ibu kandung kepada anak angkatnya bagi memudahkan proses dokumentasi dilakukan.
  • KLUANG - Sebuah kilang memproses kelapa sawit di Jalan Batu Pahat, dekat sini digantung lesen operasi selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta bermula semalam.
  • KLUANG - Seorang bapa sedia memaafkan penunggang motosikal yang melanggar anak lelakinya, Muhammad Furqan Danial Md Fadzli, 2, di hadapan rumahnya di Jalan Intan 4/5, Taman Intan, di sini, 7 November lalu.
  • KLUANG - Dianggarkan kira-kira 50 pemilik kediaman di Jalan 11 hingga 15, Taman Delima 2 di sini, terpaksa menanggung kerugian selepas barangan elektrik di rumah mereka rosak dipercayai berpunca daripada aliran voltan berlebihan, pada Ahad lalu.
  • KLUANG - Seorang kontraktor ditahan kerana telah memukul dan membotakkan kepala isterinya yang disyaki mempunyai hubungan dengan lelaki lain.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.