KOTA TINGGI - “Saya rasa apa yang dia rasa,” katanya Adun Sedili, Rasman Ithnain ketika mengulas lanjut tindakan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas, baru-baru ini.

Rasman berkata, apa dilakukan mantan Ketua Puteri Umno Malaysia itu berdasarkan rasa tanggungjawab untuk membantu pengundi dan juga rakyat.

“Dia keluar parti saya yakin bukan dia tak suka dengan parti (Umno) tapi memikirkan keutamaan rakyat dan tak ada satu undang-undang pun mengatakan kalau kita keluar parti kena letak jawatan untuk pilihan raya baru.

“Jika dahulu agak tertekan jika hendak masuk ke kampung tertentu perlu melalui pemimpin politik tapi kini (parti Bebas) tak lagi,” katanya.