BATU PAHAT - Suspek utama yang juga suspek ke-19 kes culik berjaya ditahan setelah dalam cubaan untuk melarikan diri daripada pihak berkuasa di Plaza Tol Yong Peng Selatan, di sini pada jam 5.30 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek yang berusia 39 tahun yang juga warga Indonesia itu ditahan ketika menaiki sebuah teksi.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut terhadap penumpang teksi berkenaan, mendapati individu terbabit sememangnya suspek dikehendaki dalam kes culik seorang suri rumah yang berlaku 27 hari lalu

"Daripada pemeriksaan yang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) Bukit Aman juga mendapati  sepucuk pistol semi auto berserta 23 butir peluru kaliber 380.

"Suspek utama yang dicekup ini dipercayai membawa lari mangsa terbabit ke Batam, Indonesia menggunakan bot melalui laluan haram di Pengerang.

"Dalam masa yang sama pemadu teksi terbabit turut ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan, jika dia tiada kaitan dalam kes ini kita akan lepaskannya," katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Yong Peng di sini, sebentar tadi.

Tambahnya, kes terhadap suspek disiasat mengikut Seksyen 5, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang boleh dihukum dengan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan.

Katanya lagi, suspek juga akan disiasat di bawah Seksyen 3(1), Akta Culik 1961 yang boleh membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita berhubung kes seorang lelaki warga Bangaladesh diculik di daerah Iskandar Puteri di sini, bagi mendapatkan wang tebusan.
  • KULIM - Satu keluarga berdepan detik cemas apabila kereta yang diletakkan dengan keadaan enjin tidak dimatikan di hadapan kedai perabot dilarikan seorang lelaki.
  • KUANTAN - Tindakan ibu bapa kanak-kanak dua tahun yang mahu mengadakan perbincangan dengan pengasuhnya di Balai Polis Air Puteh, di sini, mengundang kegusaran kepada warga emas terbabit.
  • TAIPING - Seorang bapa tidak dapat mengawal kemarahan apabila bertindak meluru ke arah trak yang membawa tujuh suspek utama kes penculikan anaknya di Mahkamah Majistret Taiping, hari ini.
  • SHAH ALAM - Polis mengesahkan masih belum menerima sebarang laporan polis berhubung tular kejadian culik yang berlaku di Shah Alam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.