MERSING - [VIDEO] Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencemar duli melawat mangsa banjir di daerah ini, sebentar tadi.

Baginda tiba di pusat penempatan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Mersing Kanan disambut Pegawai Daerah Mersing, Ashari Kasnan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani, jam 12 tengah hari tadi.

Baginda sempat meluangkan kira-kira 15 minit beramah mesra dengan mangsa-mangsa banjir yang ditempat di PPS tersebut sebelum menuju ke PPS di SK Air Papan.

Seramai 259 orang mangsa daripada 83 keluarga ditempatkan di PPS tersebut sejak tengah hari semalam.

Ketua Kampung Bahagia/Sri Lumpur, Daing Ibrahim berkata pihaknya bersyukur atas kesudian baginda.

"Saya bersyukur dengan kehadiran tuanku ke PPS di sini. Kehadiran tuanku menggembirakan mangsa yang terdapat di sini.

"Baginda memberi semangat kepada mangsa walaupun rumah mereka dilanda banjir," katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut keadaan tersebut, Daing berkata keadaan banjir melanda kampungnya yang sebelum ini dikenali sebagai Kg Sungai Muka Dua berlaku susulan pertembungan air pasang dan hujan lebat.

"Pelbagai agensi bertugas membantu tanpa henti mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di sini dan Sekolah Agama Mersing Kanan.

"Sejak tiga hari lalu, hujan lebat berterusan bertembung dengan air pasang pada sebelah malam dan awal pagi," katanya.

Setakat jam  12 tengah hari, seramai 1,239 mangsa banjir daripada 347 keluarga ditempatkan di lapan PPS seluruh Mersing sejak Khamis lalu.

Kawasan yang terjejas termasuk Kg Tenglu Besar, Kg Air Papan, Kg Baru Jemari, Kg Sg Muka Dua, Kg Orang Asli Labong, Kg Air Merah dan Kg Benaung.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA SELANGOR - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menggiatkan pelbagai kempen kesedaran bagi mengurangkan risiko kemalangan akibat sikap penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang membaling barang dari tingkat atas.
  • PUCHONG - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan membuka penutup longkang yang dibina penduduk di Jalan 11, Taman Bukit Kuchai bagi membolehkansistem saliran di kawasan itu berfungsi dengan sempurna.
  • KUANTAN - Keriangan tiga sahabat keluar memancing bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka, Mohd Danish Haikal Semar, 12, terjatuh ke dalam Sungai Belat, di Kampung Jaya Gading, kira-kira jam 2.15 petang tadi.
  • KOTA BHARU - Hujan lebat hampir tiga jam petang tadi menyebabkan banjir kilat berlaku di beberapa lokasi di sekitar Kota Bharu.
  • KLUANG - Umno Bahagian Sembrong kesal dengan kenyataan fitnah Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong kononnya berlaku pergerakan anggota tentera ke kawasan Parlimen Sembrong menjelang PRU14 telah mencalarkan imej pasukan keselamatan negara.