JOHOR BAHRU - Jumaah Majlis Diraja Johor mengumumkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menukar gelaran 'His Royal Highness' dalam Bahasa Inggeris kepada 'His Majesty', berkuatkuasa hari ini.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, Sultan Johor turut berkenan menukar gelaran 'Her Majesty' bagi Permaisuri Johor manakala gelaran Duli Yang Maha Mulia dalam Bahasa Melayu bagi Sultan Johor dan Permaisuri dikekalkan.

"Dengan keistimewaan dan hak kuasa Tuanku di bawah Bahagian Kedua Fasal 7(2)(d)(f) dan (g) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895, Tuanku telah suka dan berkenan menukar gelaran bahasa 'His Royal Highness' kepada 'His Majesty'.

"Manakala dalam perbualan, Sultan Johor digelar sebagai 'Your Majesty', 'Tuanku' atau 'Sir', dan Permaisuri digelar 'Your Majesty', 'Tuanku' atau 'Madam'," katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik di laman Facebook rasmi Sultan Johor.

Menurut kenyataan itu, mulai 5 September gelaran rasmi Sultan Johor dan Permaisuri Johor adalah seperti berikut:

His Majesty Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan and Sovereign Ruler of the State and Territory of Johor Darul Ta'zim.

His Majesty Sultan Ibrahim, Sultan of Johor.

His Majesty Sultan Ibrahim of Johor.

His Majesty The Sultan of Johor.

Her Majesty Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor.

Her Majesty Raja Zarith Sofiah, Permaisuri Johor.

Her Majesty The Permaisuri of Johor.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka dengan tindakan golongan mat rempit yang masih menjadikan Jalan Pantai Lido di hadapan Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini sebagai lokasi lumba haram.
  • JOHOR BAHRU - Meskipun mengalami kecederaan di bahagian tangan kirinya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tetap menunjukkan keprihatinannya terhadap rakyat jelata.
  • JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan bertindak sebagai pendamai dalam mencari penyelesaian terhadap isu perobohan sebuah kuil Hindu di Seri Alam, baru-baru ini.
  • MUAR - Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menyeru kepada semua masyarakat di negara ini supaya menghormati dan memelihara prinsip kebebasan badan kehakiman serta jangan sesekali membuat tuduhan tidak berasas terhadap hakim atau pegawai kehakiman.
  • ISKANDAR PUTERI - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan majlis perasmian pengisytiharan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) di Bandar Medini Iskandar, di sini hari ini.