JOHOR BAHRU - Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah susulan penahanan seorang lelaki bersama pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM630,950, dalam serbuan di sebuah premis pusat hiburan di bandar raya ini.

Polis turut merampas satu botol mengandungi lima liter cecair ekstasi berperisa mangga yang dipercayai dituang ke dalam bekas-bekas kecil untuk dijual dengan harga antara RM130 hingga RM150.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor, Asisten Komisioner Lukas Aket berkata, lelaki warga tempatan berusia 40 tahun itu dipercayai pekerja pusat hiburan berkenaan ditahan dalam serbuan kira-kira jam 2.30 pagi, semalam hasil risikan dan maklumat pengedaran dadah.

Antara dadah lain dirampas termasuk 2.063 kilogram (kg) ketamin, 7,801 biji pil ekstasi, 1.07 kg daun rokok ekstasi, 15 kotak oral 'jelly' ekstasi, 500 batang rokok ekstasi, 378 gram serbuk esktasi, 215 g pil Eramin 5, 18 paket serbuk ekstasi, 85 gram cecair ekstasi, ganja 80 gram dan heroin 13 gram.

Katanya, dadah berkenaan dipercayai untuk menampung bekalan kira-kira 20,000 pengguna dan diedarkan di pusat-pusat hiburan sekitar bandar raya ini.

 

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GOPENG - Seorang lelaki warga Thailand ditahan pegawai Imigresen kerana menyalahgunakan pas sempadan dalam pemeriksaan Operasi Bersepadu Perdagangan di Kilometer 290, Kawasan Rehat Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di sini, semalam.
  • KUALA LUMPUR - Polis menahan sepasang kekasih warga tempatan selepas menemui dadah yang dianggarkan bernilai RM100,000 di kediaman mereka di Jalan Ria, di sini, Isnin lepas.
  • KOTA BHARU - Seramai 279 pelajar termasuk empat perempuan, positif mencuba dadah di negeri ini pada tahun ini, persidangan Dun Kelantan dimaklumkan hari ini.
  • KOTA BHARU - Isu dadah termasuk gejala pil kuda menarik perhatian Sidang Dun Kelantan hari ini apabila ia menjadi topik hangat diperbincangkan.
  • SHAH ALAM - Polis Selangor menahan 16,075 individu yang terlibat dengan gejala dadah sepanjang Januari hingga Oktober lepas, melibatkan rampasan 1,699.6 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah ‘kegemaran’ bernilai RM84.7 juta.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.