SEGAMAT - Hujan lebat tidak menghalang kira-kira 2,000 penduduk daerah ini untuk menantikan ketibaan konvoi Kembara Mahkota Johor di Dataran, Segamat, di sini, semalam.

Warga emas, Aisyah Samad, 71, berkata, dia yang tinggal di Batu 2 Buloh Kasap, di sini, juga sanggup menaiki teksi bersama anaknya, Hamzita Mansor, 42, untuk ke Dataran Segamat.

“Makcik minta teksi ambil makcik depan rumah kerana makcik tak ada kenderaan dan makcik tak nak terlepas peluang jumpa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Setiap kali KMJ, makcik tak pernah terlepas dan sebelum ini masa suami sihat, makcik selalu pergi dengan dia tapi apabila dia sakit, makcik minta anak temankan dan dia setuju,” katanya.

Aisyah berkata, dia tiba kira-kira jam 11 pagi sempat mencari tempat berteduh sewaktu hujan lebat dan pergerakannya juga sedikit terbatas kerana tidak membawa tongkat dan mengalami sakit kaki.

Katanya, dia juga sedikit terkilan kerana hanya melihat Sultan Ibrahim dan kerabat diraja Johor dari jauh sahaja namun berbangga dengan keprihatinan Sultan Ibrahim yang sanggup berhujan semata-mata untuk mendekati rakyat.

Sementara itu, seorang pengunjung, Amin Shukri, 34, berkata, keadaan cuaca yang tidak mengizinkan itu juga tidak menghalang dia bersama isteri dan dua anaknya untuk terus setia menanti ketibaan konvoi keluarga diraja itu.

“Saya dan isteri sanggup ambil cuti hari ini (semalam) untuk bersama-sama merakam detik bersejarah ini walaupun terpaksa bermandi hujan bersama pengunjung lain.

“Memang betul kerabat diraja Johor ini berjiwa rakyat kerana sanggup memandu kereta di dalam hujan dan sebagai Bangsa Johor, saya bangga mempunyai pemimpin seperti ini,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MUAR - “Inilah kenderaan paling berharga dalam hidup saya. Memang terharu apabila sekali lagi dipilih untuk dapat motosikal khas kurniaan Tuanku,” luah warga emas, Ibrahim Ali, 70.
  • KULAI - Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 melabuhkan tirainya selepas empat hari Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mendampingi rakyat dengan menempuh perjalanan sejauh 808 kilometer di seluruh negeri ini.
  • TANGKAK - “Alhamdulillah, tahun ini saya sekali lagi diberi peluang untuk menghidangkan juadah kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sempena Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017," demikian kata pengusaha Am Katering, Amran Mohamad.
  • JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat merasmikan gimik majlis pelepasan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2016 di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru, di sini, pagi semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.