KOTA TINGGI - Mengambil semangat ‘Malaysia baharu’ bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semenchu di sini, berhimpun sambil mengenakan pakaian bertemakan merah putih sempena Program Reunion 40an di Bayu Balau Beach Resort, kelmarin.

Penaung Reunion 40an, Azmi Adam berkata, pemilihan warna berkenaan juga adalah sebagai lambang keberanian dan kejayaan mereka dalam menghimpunkan rakan-rakan sebaya.

Menurutnya, pertemuan itu juga amat bermakna ekoran SMK Semenchu menyambut ulang tahun ke-40 tahun di mana sama usia mereka 40 tahun.

“Walaupun terdapat antara rakan-rakan yang tidak dapat turut serta atas faktor kekangan masa, pekerjaan dan keluarga, namun ia telah menarik lebih 50 peserta turut serta walaupun sasaran awal hanya sekitar 40 peserta sempena ulang tahun kelahiran sekolah ke-40 tahun.

“Kita harap program ini akan jadi titik tolak kepada lebih banyak lagi perancangan dan program bermanfaat pada masa akan datang,” katanya.

Katanya, mereka tidak begitu susah untuk mengumpulkan semula rakan sebaya termasuklah rakan yang merantau di luar daerah memandangkan mempunyai kumpulan di Facebook dan WhatsApp.