Jojo menunjukkan gambar ibunya.
Jojo menunjukkan gambar ibunya.

SENAI – Berat mata memandang berat lagi kerinduan yang ditanggung seorang anak yang kehilangan ibunya sejak Januari lalu.

Mohamad Hafiz Iskandar Muhammad Iskandar, 9, berkata ibunya tidak pulang ke rumah sejak 14 Januari lalu dan tidak pernah menerima khabar mengenainya sejak hari terbabit.

Katanya, pelbagai usaha menjejak ibunya dilakukan termasuk hebahan berita namun tidak ada khabar ibunya akan pulang.

Mengakui ia Ramadan pertama yang disambutnya tanpa ibu, ditambah keadaan apabila dirinya diuji sekali lagi apabila bapanya yang juga waris tunggal dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung sejak seminggu yang lalu.

“Ayah masuk hospital kena serangan jantung ketika di rumah, mama pula tidak pulang-pulang, Jojo (panggilan mesra Mohamad Hafiz) tinggal bersama rakan ayah.

“Mama tidak pernah telefon dan tidak tahu keadaan ayah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan rayuan Jojo mengharapkan ibunya Nur Elia Jaiman, 33, yang berasal dari Tanjung Pinang, Indonesia pulang ke pangkuan keluarga.

Menurut bapa Jojo, Muhammad Iskandar Abdullah, 46, isterinya itu dilaporkan keluar dari rumah ketika dia dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi rawatan jantung.

Susulan kehilangan isterinya dikahwininya sejak sembilan tahun lalu, satu laporan polis di buat di Balai Polis Majidee, 18 Januari lalu.

Muhammad Iskandar turut mendakwa isterinya turut membawa lari dokumen penting dan wang dalam ATM miliknya dibawa bersama.

Ketiadaan Nur Elia menyebabkan Jojo kerap sakit dan diserang asma yang dihidapnya sejak berumur empat tahun.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.