KULAI - Polis sedang mengesan ahli keluarga seorang warga Myanmar yang ditemui mati di tepi Jalan Padi Mahsuri 1, Taman Senai Baru dekat Senai, di sini, pada 18 Disember tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar berkata, hasil bedah siasat ke atas mayat Aung Kyaw Than, 32, mendapati punca kematian adalah akibat dua tikaman di bahagian perut dan leher.

“Mangsa ditemui di tepi Jalan Padi Mahsuri 1, Taman Senai Baru dekat Senai, di sini, pada 18 Disember 2017 kira-kira jam 12.07 tengah hari.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas mangsa mendapati punca kematian adalah disebabkan dua tikaman di bahagian perut dan leher,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Dzulkhairi berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa atau ahli keluarganya diminta tampil.

“Mereka yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes ini, Asisten Superintendan Wee Hock Lian di talian 019-7958008 atau Balai Polis Senai 07-5991222 atau hadir mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.