PAGOH - Orang ramai yang mahu melaksanakan ibadah korban bersempena perayaan Aidiladha nanti diingatkan supaya memohon permit berkaitan terlebih dahulu dalam mengelakkan sebarang permasalahan berhubung tahap kesihatan haiwan sembelihan terbabit.

Exco Jawatankuasa Pertanian dan Industri Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Ismail Mohamed berkata, permohonan Permit Kebenaran Sembelihan Untuk Tujuan Adat itu adalah penting dalam memastikan tahap kesihatan haiwan sembelihan mereka berada dalam keadaan baik.

"Mereka harus memohon permit tersebut terlebih dahulu sebelum acara sembelihan dilakukan kerana ia adalah penting untuk pihak berkaitan memantau tahap kesihatan haiwan korban berkenaan.

"Malah, melalui permohonan permit bernilai RM35 bagi setiap seekor sembelihan itu, pihak berkuasa akan mengenal pasti sebarang penyakit sama ada berjangkit ataupun tidak yang dihidapi haiwan berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Muafakat Tani, Dun Jorak, di sini hari ini.

Ismail yang juga Pemangku Ketua Umno Bahagian Pagoh itu berkata, kegagalan orang ramai mendapatkan kebenaran daripada Pejabat Jabatan Veterinar negeri boleh menyebabkan mereka didenda.

"Semua penyembelihan harus mendapatkan sijil kesihatan dan kebenaran sembelih daripada Jabatan Veterinar negeri terlebih dahulu dan sekiranya mereka gagal berbuat demikian, tindakan boleh diambil iaitu denda sehingga RM15,000," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Dalam kesibukan tugas dan tanggungjawab menjaga keselamatan serta keamanan negara, pasukan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan masih berpeluang menyempurnakan ibadah korban.
  • KOTA SAMARAHAN - Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) membatalkan 18 permit premis hiburan keluarga di kawasan itu setakat ini yang disalah guna untuk kegiatan perjudian tidak berlesen.
  • PAGOH - Persatuan Generasi Transformasi Ruminan (GTR) Zon Selatan menyambut baik usaha kerajaan negeri berkaitan kepentingan memiliki permit sembelihan terhadap golongan penternak.
  • SHAH ALAM - Para peniaga bazar Ramadan diingatkan tidak menyalahgunakan permit diperoleh dengan menjual kepada pihak ketiga.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.