JOHOR BAHRU - Seorang penjual burger didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 pertuduhan merogol dua anak perempuannya sejak 2013 sehingga Ogos tahun ini.

Lelaki berusia 48 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu ke atas kedua-dua anak perempuannya, yang kini berumur 14 dan 18 tahun, secara berasingan pada waktu berbeza antara Mac 2013 sehingga Ogos 2017, di sebuah unit rumah pangsa di Taman Ungku Tun Aminah di sini.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Asmah Zainal Ariffin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan ikat jamin dengan alasan tertuduh mempunyai perhubungan darah dengan mangsa, selain risiko mengganggu saksi yang juga trauma akibat kejadian itu.

Mahkamah menetapkan 15 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KAJANG - Seorang bapa didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan melakukan seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya yang berusia 14 tahun sehingga menyebabkan mangsa mengalami tekanan perasaan dan mengelar pergelangan tangannya.
  • KOTA BHARU - Seorang peniaga kedai makan mengaku tidak salah di mahkamah sesyen, di sini, atas kesalahan merogol kekasih bawah umur, Ogos lalu.
  • GUA MUSANG - Dibesarkan di kawasan setinggan di Kampung Tiong, di sini, mendorong seorang anak muda menceburkan diri sebagai usahawan.
  • JERANTUT - Walaupun mempunyai masalah sendi pada kedua belah kaki, seorang bapa di Felda Jengka 24 di sini, tidak pernah menjadikan kesakitan dialaminya itu alasan untuk mengabaikan seorang anak dan cucu.
  • KUALA LUMPUR - Seorang bapa dan anak lelakinya didakwa di dua Mahkamah Sesyen berasingan di Ampang di sini, hari ini atas pertuduhan merogol darah daging mereka sendiri, lima tahun lepas.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.