JOHOR BAHRU - Penjawat awam di negeri ini dinasihatkan supaya menguasai teknologi maklumat (IT) bagi mendepani cabaran revolusi digital atau Revolusi Industri 4.0.

Adun Larkin, Mohd Izhar Ahmad berkata, internet merupakan perkara yang sangat penting dalam semua sektor pada masa kini.

Katanya, kegagalan memahaminya menyebabkan penjawat awam ketinggalan dalam persaingan dunia.

“Revolusi Industri 4.0 merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh penjawat awam.

“Ia menekankan penggunaan data secara globalisasi dan teknologi automasi,” katanya selepas majlis Hari Inovasi dan Anugerah Temenggong 2018 di Institut Perguruan Kampus (IPGK) Temenggong Ibrahim, di sini, semalam.

Katanya, melalui Revolusi Industri 4.0 pendidik perlu menekankan teknik heutagogi iaitu pelajar belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka sendiri.

“Pembelajaran heutagogi beri peluang kepada pelajar untuk belajar secara universal.

“Ia juga beri ruang kepada pelajar mencari ilmu di seluruh dunia secara atas talian.