SIMPANG RENGGAM - Umno Bahagian Simpang Renggam bersama Sukarelawan Anak Selatan Simpang Renggam bergabung menganjurkan program dekati golongan belia, malam kelmarin.

Program Sembang Santai Bersama Pemimpin dihadiri lebih 250 belia merangkumi Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Simpang Renggam.

Pengerusi Sukarelawan Anak Selatan bahagian Simpang Renggam, Zamrie Baharuddin berkata, tujuan utama penganjuran program santai itu adalah mahu merapatkan hubungan orang muda khususnya belia dengan pemimpin setempat.

"Ini secara tidak langsung membuktikan orang muda masih mempercayai kepimpinan Umno dan BN.

"Ini platform terbaik untuk generasi muda untuk berkongsi idea atau memberi suara dan cadangan demi terus perkukuhkan Umno dan BM di hati orang muda" katanya selepas program Sembang Santai Bersama Pemimpin yang diadakan di Restoran Asam Jawa, dekat sini, malam kelmarin.

Hadir sama, Adun Layang-Layang, Abd Mutalib Abd Rahim; Adun Machap, Abd Taib Abu Bakar dan Ketua Umno Bahagian Simpang Renggam, Datuk Abdul Hamid Abd Rahman.

Zamrie berkata, program santai itu turut mendapat sokongan rakan-rakan NGO dan kelab permotoran di sekitar kawasan Simpang Renggam.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Umno Bahagian Simpang Renggam kerana memberi ruang kepada mereka untuk menganjurkan program tersebut.

"Berdasarkan sambutan yang ditunjukkan, tidak teragak-agak untuk kami menganjurkannya lagi kerana ianya memberi impak positif," katanya.