JOHOR BAHRU -  Seorang pemandu dan 10 penumpang bas ekspres berdepan detik cemas apabila tayar belakang kenderaan itu terbakar di KM121.4  Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Johor Bahru dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata dalam kejadian 1.45 tengah hari itu, kesemua penumpang dan pemandu tidak cedera kerana sempat menyelamatkan diri.

“Susulan kejadian itu, kesemua penumpang dipindahkan ke bas lain dan selamat tiba di destinasi mereka petang tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Siasatan kejadian masih dijalankan. - Bernama