KOTA TINGGI - Polis berjaya merampas pelbagai jenis mercun membabitkan nilai RM8,000 dalam satu serbuan dilakukan di Jalan Bawal 3, Taman Dayat, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, serbuan dilakukan pada jam 10.30 malam oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

"Bertindak atas maklumat pihak polis telah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki tempatan dan merampas pelbagai jenis mercun dalam serbuan itu.

"Hasil rampasan dianggarkan bernilai RM8,000. Kes disiasat dibawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Antara mercun dirampas 60 papan 8 feet, 18 papan 8 feet, 8 peket scintillant sky, 7 kotak happy boom 49 shoot, 12 kotak happy boom 36 shoot, 6 kotak happy boom 25 shot, 2 kotak happy boom 7, 5 kotak thunder king, 4 kotak king boom, 12 kotak magic boom dan 2 kotak D1.

Turut dirampas, 10 paket candela china, 10 paket happy boom, 10 kotak happy boom, 10 kotak thunder clap rockets, 5 kotak four color flowers, tiga kotak pop pop, 2 bungkus mercun bola, 5 kotak candela china, 5 kotak K999, 3 kotak K666, 3 kotak happy boom kk0851 dan 4 kotak happy boom kk1701.

Tambahnya, tangkapan dan semua rampasan dibawa balik ke IPD Kota tinggi untuk tindakan selanjutnya.

"Kita menegaskan bahawa perbuatan membakar, menjual atau memiliki sebarang mercun atau bunga api tanpa permit adalah menjadi satu kesalahan yang boleh didakwa.

"Jika didapati bersalah penjara hingga tujuh tahun dan denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

"Diharap orang ramai tidak terlibat dengan apa apa perbuatan mengenai mercun atau bunga api bagi memastikan keselamatan diri masing-masing," katanya lagi.