MUAR - Seorang pekerja kontraktor maut manakala dua lagi rakannya cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta ketika sedang mengawal lalu lintas di persimpangan lampu isyarat di Simpang Jeram, Bakri, Muar, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 malam tadi, mangsa, Ibrahim Salim, 60, didakwa sedang mengawal kenderaan yang melalui persimpangan itu berikutan terdapat kerja-kerja pemasangan paip sedang dijalankan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, bagaimanapun, mangsa tiba-tiba dirempuh oleh sebuah kenderaan jenis Toyota Camry yang datang dari arah Muar.

"Pemandu kereta berusia 40 tahun itu dipercayai hilang kawalan ketika berada di persimpangan lampu isyarat di Simpang Jeram, di sini, dan melanggar mangsa yang sedang mengawal kenderaan kerana terdapat projek memasang paip di kawasan tersebut.

"Akibat daripada pelanggaran itu, mangsa maut di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala dan dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurut beliau, kemalangan itu juga turut mengakibatkan dua lagi pekerja yang berada di tempat kejadian cedera.

"Seorang pekerja berusia 33 tahun cedera di bahagian kepala manakala seorang lagi berusia 24 tahun mengalami cedera ringan. Pemandu kenderaan juga kini berada dalam keadaan kritikal dan masih dirawat HPSF," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PETALING JAYA - Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan dalam kejadian di Kilometer 15.1 Lebuhraya NKVE, dekat sini, hari ini.
  • TASEK GELUGOR - Seorang guru sekolah memandu maut selepas keretanya terbabas dalam satu kemalangan di Jalan Pokok Machang, di sini malam kelmarin.
  • BELURAN - Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain di Kilometer 14 Jalan Telupid-Beluran hari ini.
  • JOHOR BAHRU - Pengalaman pertama kali memotong kain kafan turut menjadi yang terakhir buat seorang pelajar tingkatan tiga yang meninggal dunia dalam nahas jalan raya di Jalan Pantai menghala Pasir Gudang, di sini, awal pagi semalam.
  • IPOH - Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Saga dipandunya dirempuh kenderaan lain di Jalan Kuala Kangsar, di sini, hari ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.