JOHOR BAHRU - Syarikat Air Johor (SAJ) Ranhill Sdn Bhd mengesahkan berlakunya kebocoran paip utama yang mengakibatkan limpahan air di Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran persimpangan Plentong, di sini petang tadi.

Ketua Komunikasi Korporatnya, Jamaluddin Jamal berkata, kejadian kira-kira jam 3 petang itu dipercayai berpunca akibat kesilapan mekanikal daripada kerja-kerja pelebaran jalan raya yang dibuat sekitar kawasan itu.

“Kami dah terima laporan petang tadi, dan disahkan memang berlaku kebocoran paip utama berdiameter 1,200 milimeter (mm) di kawasan berkenaan.

“Bagaimanapun, keadaan sudah terkawal, petugas kami juga sudah berada di lokasi selain bekalan air juga telah ditutup untuk mengawal limpahan. Sekarang hanya tinggal kerja-kerja pembaikian sahaja,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, sebentar tadi.

Jamaluddin berkata, kerja-kerja membaik pulih paip berkenaan dijangka bakal disiapkan sepenuhnya menjelang tengah mala mini.

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang arahan catuan air akan dikeluarkan kerana bekalan air yang ada tidak terjejas dan masih stabil.

“Walapun kita dah tutup paip itu, tiada masalah pun sebab kerja-kerja pembaikian ini sekejap sahaja. Bekalan air yang ada masih mencukupi untuk menampung kegunaan penduduk,” katanya.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - “Ingatkan batu jatuh, rupanya ular,” kata remaja yang menemukan seekor ular sawa sepanjang 20 kaki di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Penderam, Pasir Gudang, dekat sini, petang semalam.
  • JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) Muar merampas 10 bubu udang di perairan laut Parit Jawa dekat Muar, hari ini.
  • ALOR SETAR - Seorang warga emas ditemui maut dipercayai akibat sesak nafas selepas mulutnya diikat dengan tuala oleh perompak yang masuk ke rumahnya di Taman Malaysia,di sini, petang tadi.
  • KUALA LUMPUR - BN berjanji tidak akan merobohkan sebarang kuil jika dapat menawan kembali Selangor pada PRU14 akan datang.
  • WAKAF TEMBESU - Seramai 30 peserta tampil menyahut cabaran dalam Program Pengurusan Berat Badan 2018 yang akan berlangsung selama enam bulan itu.