BATU PAHAT - Tujuh remaja lelaki ditahan polis dalam Op Basikal Lajak di pusat bandar Batu Pahat selepas mereka dipercayai melakukan aksi berbahaya.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, operasi yang dilakukan jam 4 petang kelmarin itu menahan remaja berusia antara 13 hingga 15 tahun, selepas menerima aduan orang ramai.

Menurutnya, tujuh remaja berkenaan bagaimanapun dibebaskan dengan amaran lisan setelah ibu bapa dan penjaga mereka dipanggil untuk sesi kaunseling.

“Ketika anggota yang ditugaskan dalam operasi ini melakukan rondaan dan pemantauan, mereka telah melihat satu kumpulan remaja bawah umur menunggang basikal yang telah diubahsuai di atas jalan raya yang sibuk. Mereka ini melalui Jalan Zabedah, Jalan Suasa dan Jalan Ungku Ahmad.

“Kita membuat penahanan kerana kehadiran mereka ini di jalan raya yang sibuk boleh mengancam keselamatan bukan sahaja kepada pengguna jalan raya lain tetapi diri mereka sendiri, selain dikhuatiri melakukan aksi berbahaya,” katanya.

Beliau berkata, polis turut menyita ketujuh-tujuh basikal lajak berkenaan dan mengeluarkan saman mengikut kaedah-kaedah dan peraturan lalu lintas kerana mengubahsuai struktur kenderaan mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sebelum ini, saya mendapat aduan dan juga rungutan daripada orang ramai yang kegiatan budak basikal lajak ini sering mengganggu lalu lintas dan amat merbahaya termasuklah di kawasan taman perumahan di sekitar bandar ini.

“Sebenarnya mereka ini mempunyai bakat dan potensi yang tersendiri tetapi aktiviti berbasikal lajak ini yang ditunggang di jalan raya amatlah merbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya memantau pergerakan dan aktiviti anak masing-masing.

Katanya, polis juga akan melakukan pemantauan termasuk pada hujung minggu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - Seorang lelaki ditahan kerana melakukan khianat ke atas sebuah kenderaan polis dengan mengetuk cerminnya menggunakan alat pengunci stereng dalam kejadian di tepi jalan hadapan Masjid Annur, Ketapang Hilir, Pekan kelmarin.
  • SEPANG - Pihak polis menahan dua pelajar institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang disyaki mengedar ganja kepada pelajar lain.
  • IPOH - Seorang lelaki berusia 48 tahun yang mempunyai 21 rekod lampau antara individu yang ditahan polis dalam satu serbuan di Buntong minggu lalu kerana terlibat dalam kes pecah rumah sekitar Menglembu.
  • KUALA TERENGGANU - Seorang remaja berusia 16 tahun terpaksa ponteng sekolah demi menguruskan adik dan kakaknya yang kurang upaya (OKU) selepas ibu mereka yang berusia 42 tahun menghilangkan diri hampir sebulan lalu.
  • SERDANG - Polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung kes janin yang ditanam berhampiran kuarters kediaman sebuah agensi kerajaan di Puchong di sini, petang Selasa lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.