MUAR – Cubaan seorang broker tanah memeras ugut untuk mendapatkan wang daripada operator kilang mengundang padah apabila mukanya cedera akibat dibaling bata dalam kejadian di Sungai Abong, dekat sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, operator kilang berusia 30 tahun itu menerima panggilan telefon daripada broker terbabit ketika dia berada di sebuah restoran.
Menurutnya, dalam panggilan telefon tersebut, suspek mengugut akan mencederakan isteri dan anak-anak mangsa jika dia tidak pulang ke rumah dan memberinya wang RM5,000.
“Oleh kerana bimbang dengan keselamatan keluarga di rumah, mangsa menghubungi abangnya dan meminta untuk selamatkan isteri dan anak-anaknya.
“Setibanya di rumah, mangsa lihat abangnya sedang bergaduh dengan suspek yang bersenjatakan parang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, semalam.
Mohamad Nasir berkata, mangsa segera membantu untuk menyelamatkan abangnya dengan merampas parang pada tangan suspek.
Bagaimanapun katanya, mangsa yang mahu menyelamatkan abangnya daripada suspek yang semakin agresif dipercayai berada di bawah pengaruh dadah bertindak membaling sebiji bata ke arah muka suspek.
“Suspek yang cedera di muka dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), kira-kira jam 6.40 petang pada hari kejadian.
“Hasil siasatan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau dan keadaannya kini dilaporkan stabil,” katanya.
Mohamad Nasir berkata, siasatan lanjut ke atas suspek sedang dijalankan untuk mengenal pasti motif suspek memeras ugut wang daripada mangsa.
“Kami juga tidak pasti hubungan di antara suspek dengan mangsa.
“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya.
Muka broker dibaling bata
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini.
Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- Kaedah al-Quran, kitab lama dilupuskan
- Gabungan NGO, berarak nyata penghargaan kepada polis
- Orang Melayu perlu keluar DAP
- Penantian 3 tahun berakhir
- Warga emas kaki auta diburu
- 120 ibu tunggal warga emas dirai
- Dapat khabar gembira
- Polis bantuan naik berang
- Sultan Johor: Jangan sesekali berpecah belah
- Dua maut dalam kemalangan





