MERSING - Mersing bakal menjadi pusat tarikan baharu dalam sektor pelancongan dengan pembangunan Mersing Harbour Centre bernilai RM12 juta yang dirasmikan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata, pembangunan itu merupakan salah satu projek berimpak tinggi dilaksanakan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Menurutnya, sosioekonomi di Mersing sama seperti di Kelantan, Terengganu dan Pahang, justeru daerah itu dipilih dalam strategi hab pelancongan dan hab perikanan.

"Lebih penting Mersing Harbour Centre ini peluang untuk usahawan mikro setempat yang mempunyai produk tapi tiada tempat untuk pasarkan.

"Jadi ini pusat perniagaan untuk semua yang akan menjadi tumpuan pelancong," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis perasmian Mersing Harbour Centre yang disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sempena Kembara Mahkota Johor 2017 di sini hari ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu Bangsa Johor terus kekal bersatu, seterusnya membantu mengukuhkan lagi kemajuan dan pembangunan yang sedang pesat berlaku di negeri ini.
  • JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka dengan tindakan golongan mat rempit yang masih menjadikan Jalan Pantai Lido di hadapan Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini sebagai lokasi lumba haram.
  • JOHOR BAHRU - Meskipun mengalami kecederaan di bahagian tangan kirinya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tetap menunjukkan keprihatinannya terhadap rakyat jelata.
  • JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan bertindak sebagai pendamai dalam mencari penyelesaian terhadap isu perobohan sebuah kuil Hindu di Seri Alam, baru-baru ini.
  • MUAR - Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menyeru kepada semua masyarakat di negara ini supaya menghormati dan memelihara prinsip kebebasan badan kehakiman serta jangan sesekali membuat tuduhan tidak berasas terhadap hakim atau pegawai kehakiman.