JOHOR BAHRU – Mayat seorang kanak-kanak lelaki dipercayai lemas di Sungai Plentong dekat Kampung Sri Makmur, di sini, dua hari lepas ditemui kira-kira 10 Kilometer dari tempat mangsa jatuh.

Komander Operasi Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Anuar Amdzah berkata, mayat mangsa berusia 12 tahun ditemukan kira-kira jam 10.20 pagi tadi.

“Mangsa ditemui oleh pasukan Operasi cari dan menyelamat (SAR) dalam keadaan tersangkut pada pokok dan berseluar pendek sahaja.

“Mayat mangsa dibawa ke Stulang Laut untuk tujuan pengecaman oleh waris mangsa dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah serta pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.