JOHOR BAHRU - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lemas di sebuah lombong tinggal berhampiran Pasaraya Giant Taman Suria, di sini, ditangguhkan sementara.

Difahamkan, operasi terbabit akan disambung semula malam ini untuk mengesan seorang lagi kanak-kanak yang masih hilang dikenali sebagai Mohamad Affiq Afnan Abdur Razzaq, 9.

Mengikut maklumat yang diperoleh, Mohamad Affiq adalah pemegang kad orang kurang upaya.

Sebelum itu, seorang lagi kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Norfifi Allysa Natalia Abdullah yang turut lemas ditemui meninggal dunia oleh anggota penyelamat kira-kira jam 6.26 petang.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dua kanak-kanak dikhuatiri lemas mandi di lombong]