JOHOR BAHRU - Beberapa jalan sekitar bandar raya ini akan ditutup bagi memberi laluan kepada majlis persandingan puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dengan bakal suaminya, Dennis Muhammad Abdullah.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, tiga laluan utama membabitkan Jalan Ayer Molek, Jalan Yahya Awal dan Jalan Dato Onn akan ditutup secara berperingkat bermula jam 6 petang esok.

"Penutupan jalan ini adalah untuk memberi laluan pergerakan tetamu kenamaan (VIP) ke lokasi majlis iaitu di Istana Besar Johor.

"Polis juga telah mengerahkan 318 keanggotaan dalam tugasan mengiring, kawalan keselamatan dan kawalan lalu lintas sepanjang majlis terbabit," katanya dalam satu kenyataan, di sini, sebentar tadi.

Tegasnya, sehubungan itu polis memohon orang ramai mematuhi arahan anggota trafik yang bertugas selain menggunakan laluan alternatif lain untuk mengelakkan kesesakan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • IPOH - Beberapa jalan utama di pusat bandaraya Ipoh akan ditutup atau dilencongkan bersempena program kayuhan basikal bertaraf antarabangsa 'Gran Fondo New York' (GFNY) Malaysia 2017 pada 23 April ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.