MUAR – Pekerja Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) dan Southern Waste Management (SWM) Environment Sdn Bhd, terkejut melihat lorong belakang sebaris kawasan perumahan di Taman Bakariah telah berubah wajah menjadi tapak pelupusan sampah.

Kawasan tersebut dipenuhi dengan sampah sarap termasuk peti sejuk lama, mesin basuh, perabot dan set komputer.

Pengurus SWM Sdn Bhd, Hisham Hussin berkata, pihaknya terpaksa menggunakan jentera berat untuk membersihkan serta memindahkan beberapa perabot berat termasuk peti sejuk lama yang memenuhi kawasan berkenaan.

“Saya sangat terkejut melihat kawasan ini yang tidak ubah seperti pusat kitar semula atau tapak pelupusan sampah.

“Kami percaya sampah ini ditinggalkan oleh seseorang sebelum menjual kepada peniaga besi buruk,” katanya.

Hisham berkata, operasi membersihkan kawasan tersebut adalah sebahagian daripada rancangan untuk menjadikan daerah Muar dan Ledang bersih serta indah seperti Melaka.

Katanya, ini kerana selepas SWM negeri Melaka dan PPSPPA mengambil alih pengurusan sisa pepejal di kedua-dua daerah berkenaan.

“Kedua-dua pentadbiran daerah ini bersetuju untuk terima pakai sistem yang digunakan di Melaka dalam usaha membersihkan sampah termasuk kerja-kerja pembersihan parit di tepi jalan di daerah terlibat.

“Seramai 30 pekerja terlibat dalam kerja-kerja pembersihan ini termasuk beberapa pegawai kanan akan membantu membersihkan kawasan terpilih,” katanya.

Hisham berkata, kami akan menggunakan mesin berat termasuk mesin semburan air, traktor dan jengkaut jika perlu, semata-mata untuk membersihkan kawasan termasuk padang permainan kanak-kanak.

“Beberapa penduduk, terutamanya mereka yang tinggal berhampiran dengan kawasan lapang dan gemar tanam pokok, diminta supaya menjaga tanaman masing-masing.

“Banyak tanaman yang terbiar menyebabkan kawasan taman ini kelihatan tidak terurus dan kotor kerana daun gugur,” katanya.

Katanya lagi, kami telah memulakan kerja pembersihan itu sejak minggu lalu di Taman Pagoh Jaya dan kini di Taman Bakariah.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MUAR - Pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Keroma yang menempatkan 52 mangsa dari 10 keluarga, ditutup sepenuhnya.
  • MUAR - Pelaksanaan Permit Kebenaran Sembelihan Untuk Tujuan Adat yang telah diperkenalkan oleh kerajaan sejak sekian lama, bertujuan memeriksa tahap kesihatan haiwan korban bagi memastikan ternakan itu berada dalam keadaan baik.
  • MUAR - Seramai 68 mangsa membabitkan 17 buah keluarga di daerah ini diarahkan berpindah ke pusat pemindahan banjir setelah kediaman mereka mulai dinaiki sejak tengahari tadi.
  • MUAR - Susulan hujan lebat yang melanda daerah ini sejak awal tengah hari tadi, beberapa kawasan tumpuan di sekitar bandar di sini, terjejas ekoran dinaiki air.
  • MUAR - Dua premis di Tangkak dan sekitar Bandar Muar, di sini, diserbu pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Muar, selepas dipercayai menggunakan perisian komputer cetak rompak bagi tujuan perdagangan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.