PASIR GUDANG - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berangkat tiba di destinasi pertama KMJ 2017 2017 di Kampung Pasir Gudang Baru, di sini.

Lebih 1,000 penduduk setempat terdiri daripada pelbagai lapisan usia dan latar belakang menunggu penuh rasa takzim ketibaan keluarga Diraja Johor seawal jam 8 pagi.

Tuanku tiba kira-kira jam 9.35 pagi dengan kereta beroda tiga Morgan diiringi Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam.

Turut berangkat sama, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar; Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah dan suami, Dennis Muhammad Abdullah; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Pelbagai acara menarik disusun bagi mengisi kemeriahan KMJ 2017 antaranya pameran lukisan, kereta berhias dan basikal artistik.

Baginda Tuanku dan rombongan berkenan menyaksikan pertunjukan kapal terbang kawalan jauh serta beberapa pameran lain.

Rombongan kemudiannya berangkat meninggalkan Kampung Pasir Gudang Baru pada pukul 10.15 pagi untuk meneruskan perjalanan ke perhentian pertama di Petronas Ulu Tiram.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BESUT - Pasangan pengantin antara 30 penumpang yang nyaris maut apabila bas sewa khas membawa rombongan pengantin dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kota Bharu, Kelantan terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta sebelum terbalik di dalam parit di Kampung Gerai dekat Jertih, pagi semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.