JOHOR BAHRU - Sebuah video kebakaran melibatkan sebuah kilang kimia di Pasir Gudang yang tular laman sosial hanya melibatkan kebakaran kecil.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Ibrahim Omar berkata, kejadian di Jalan Tembaga 4, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang melibatkan kawasan rawatan air di kilang tersebut kira-kira 2.35 petang.

"Empat jentera bomba termasuk tiga dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang membantu memadamkan kebakaran sejurus menerima laporan itu.

"Kebakaran bagaimanapun dapat dikawal sepenuhnya pada jam 3.46 petang," katanya.

Terdahulu video membabitkan kebakaran kilang kimia berkenaan dikongsi orang ramai petang ini hingga menimbulkan keadaan panik kepada penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran.

Video berdurasi kira-kira satu minit dan 38 saat itu dirakam berdekatan kawasan kilang itu memperlihatkan kepulan asap hitam dan oren keluar dari bahagian atas struktur bangunan kilang itu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.