MERSING - Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 kali ini menyaksikan acara membacakan doa di dasar laut perairan Taman Laut Sultan Iskandar, di sini, oleh satu-satunya kadi yang mempunyai lesen skuba di negara ini.

Mula mendapat lesen menyelam sejak Mei lalu, Kadi Daerah Mersing, Mohd Zaini Mohd Salleh, akui teruja kerana berpeluang membacakan doa ketika menyelam bersama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ia bersempena majlis pra-pelancaran Logo Majlis Bandaraya Iskandar Puteri yang dilakukan di Pulau Mensirip, di sini.

Menurutnya, peluang yang jarang diperolehi itu berjaya dilaksanakan dengan sempurna ditambah dengan keadaan laut yang tenang ketika itu.

"Saya mula berlatih sejak Mei lalu bagi memastikan kelancaran bacaan doa semasa majlis berlangsung, namun saya akui terdapat perbezaan membacakan doa di darat dan juga ketika di dasar laut.

"Perbezaan baca di darat dan laut adalah kita guna alat pernafsan, itu menghalang kelancaran kerana membaca atas darat tiada halangan, hanya seperti biasa, tetapi di dalam laut saya hanya guna lidah sahaja," katanya ketika ditemui di sini selepas Majlis Perasmian Bangunan Mersing Harbour Centre di sini.

Pada majlis itu, Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan perasmian tukun tiruan terbesar 165 tan replika bangunan Sultan Ibrahim.

Perasmian tukun terbesar itu juga bersempena majlis prapengisytiharan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) sebagai Majlis Bandaraya Iskandar Puteri di Pulau Mensirip, Taman Laut Sultan Iskandar, di sini, hari ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KLUANG - Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 yang sedang berlangsung mungkin tahun terakhir buat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengetuai rombongan.
  • MERSING - Hari kedua Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 bermula dengan keberangkatan tiba Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar ke Pulau Mensirip di Taman Laut Sultan Iskandar, di sini, hari ini.
  • KOTA TINGGI - Lebih 1,000 rakyat Kota Tinggi menyambut keberangkatan tiba Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama rombongan KMJ 2017 di Titian Laksamana, di sini.
  • JOHOR BAHRU - Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 yang diketuai Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membuka tirai dengan pengembaraan sejauh 808 kilometer (km), merentasi kesemua 10 daerah, semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.