PONTIAN - Kerja-kerja menaik taraf kemudahan jeti di Kampung Sungai Durian akan meningkatkan pendapatan golongan nelayan tradisional di kawasan berkenaan.

Ketua Pangkalan Sungai Durian, Nor Khairul Nizam, 36, berkata, pembinaan dua bangunan tambahan dan laluan pejalan kaki akan memberi imej baharu kepada jeti tersebut.

Menurutnya, projek itu melegakan nelayan yang menggunakan jeti berkenaan sebagai pusat pengumpulan ikan.

"Dianggarkan lebih 60 bot nelayan berlabuh di jeti ini. Ada juga yang mencari pendapatan tambahan sebagai pemandu bot bagi kaki pancing.

“Langkah membina jeti baru di sini dapat memberi keselesaan kepada kami. Syukur dan terima kasih kepada kerajaan negeri yang prihatin dengan masalah nelayan," katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi membina Jeti Sungai Durian yang baharu semasa lawatan beliau ke Parlimen Tanjung Piai pada Mac lalu.

Nor Khairul berkata, kemudahan jeti yang selesa penting kepada masa depan nelayan di situ agar pekerjaan tersebut dapat disambung oleh generasi akan datang.

“Bila ada jeti baru, mudah untuk kami turun ke laut. Jadi orang muda juga akan berminat untuk ke laut mencari rezeki,” katanya.

Jelasnya, Jeti Sungai Durian turut menjadi tumpuan kaki pancing memandangkan terdapat lubuk kerapu di kawasan perairan Kukup tidak jauh dari jeti.

“Lubuk kerapu menjadi tarikan kaki pancing dari serata tempat. Mereka akan menyewa bot nelayan di Jeti Sungai Durian untuk ke lubuk kerapu. Jadi, nelayan dapat mencari pendapatan tambahan,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PORT DICKSON - Seorang nelayan yang juga orang kurang upaya (OKU) menganggap dirinya sangat bertuah apabila seekor ikan pari harimau seberat 120 kilogram (kg) tersangkut pada jaringnya di perairan Chuah berhampiran Pengkalan Nelayan Kuala Lukut sekitar jam 11.30 pagi tadi.
  • PULAU CAREY - Sesuai dengan nama, itulah yang boleh digambarkan kepada seorang nelayan Kampung Orang Asli Sungai Judah, Pulau Carey , Selamat anak Ikin,42, ketika ditemui di rumahnya hari ini.
  • YAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia meminta agar jangan ditular berita palsu kononnya kesemua nelayan yang hilang di Pulau Bunting di sini Ahad lalu telah ditemukan.
  • KEMAMAN - Kerakusan nelayan Vietnam menangkap gamat secara haram terus dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Wilayah Timur apabila dua lagi bot dari negara itu ditangkap bersama 11 nelayan semalam.
  • KUALA LANGAT - Pengalaman hanyut di tengah lautan dengan hanya berpaut pada tong minyak dan lunas sampan selama kira-kira empat jam, memberikan pengalaman berharga buat dua rakan karib dalam mengenal erti persahabatan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.