MERSING - Pakatan Harapan (Harapan) memilih orang muda untuk merebut kerusi panas Dun Endau pada PRU14.

Norul Haszarul Abu Samah merupakan Ketua Pemuda Bersatu Johor baharu berusia 36 tahun yang berasal dari Labis, Segamat.

Pengumuman tidak rasmi itu dibuat melalui laman Facebook Bersatu Mersing, hari ini.

Pengumuman rasmi dijangka akan dijalankan malam ini.

Kelmarin, Timbalan Pengerusi Bersatu Johor, Ir Md Nasir Hashim dipilih sebagai calon Parlimen Mersing.

Manakala bagi Dun Tenggaroh, Harapan dijangka akan mengetengahkan calon dari PKR.

Sehingga kini, Pas dan BN bahagian Mersing masih belum mengumumkan calon masing-masing.