JOHOR BAHRU - Secara mata kasarnya permasalahan penduduk di Taman Desa Cemerlang di sini, tidak membebankan.

Namun, hakisan tanah yang melibatkan penduduk di Jalan Johar 6, di sini, jika tidak ditangani dikhuatiri boleh menggugat keselamatan penduduk.

Kebanyakan penduduk yang ditemui sudah membuat aduan kerosakan sejak sekian lama tetapi masih tidak diperbaiki.

Kejadian yang didakwa akibat ketidakserataan itu turut pernah menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku dan diadukan kepada Ketua PKR Cabang Tebrau, Steven Choong.

“Kerosakan jalan raya lebar ini yang dikesan adalah berpunca kesan daripada dinding monsoon yang pecah lalu tanah di tepi longkang terhakis.

“Keadaan ini  menyebabkan lubang yang jelas dan tenggelam ke bahagian menghala ke tepi longkang berhampiran rumah penduduk,” katanya.

Steven berkata, setelah diteliti, pihaknya membuat aduan segera kepada MBJB.

Dalam masa yang sama, pihaknya menyeru kepada penduduk sekitar supaya berhati-hati sewaktu lalu di kawasan tersebut.

Sementara itu, wakil MBJB yang dihubungi memaklumkan sudah diberitahu mengenai perkara tersebut.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KULIM - Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi menyelesaikan masalah tanah jerlus di Taman Selasih akibat banjir kilat yang berlaku semalam.
  • KUANTAN - Hakisan pantai di Kampung Selamat, Jalan Pelabuhan di sini semakin membimbangkan apabila hakisan berlaku dengan lebih cepat dalam tempoh dua bulan.
  • SETIU - Lima beranak hidup dalam kebimbangan sejak lima tahun lalu ekoran hakisan tanah yang berlaku semakin hampir dengan kediaman didiami mereka di Kampung Alor Serdang, Permaisuri, di sini.
  • SEREMBAN - Badan Pengurusan Bersama Taman Seremban Putra merayu kepada Majlis Perbandaran Seremban (MPS) agar dapat memperbaiki tebing runtuh yang berlaku di kawasan perumahan tersebut sejak Oktober 2015 lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.