JOHOR BAHRU - Gangguan bekalan air disebabkan masalah bekalan elektrik terputus di Loji Rawatan Air (LRA) Semanggar, Kota Tinggi berjaya diselesaikan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) awal pagi tadi dan bekalan air mula beroperasi secara berperingkat bermula jam 8 pagi, tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir Hasni Mohamad berkata, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh 48 jam.

"TNB berjaya mengatasi masalah yang berlaku dan mereka turut memasang kabel baru pada kira-kira jam 3 pagi tadi manakala bekalan air mula beroperasi jam 8 pagi.

"Gangguan bekalan air yang berlaku bermula 3 September lalu menjejaskan kira-kira 127,000 akaun di sekitar Kulai dan Johor Bahru dan bekalan dijangka pulih sepenuhnya dalam masa 48 jam," katanya kepada Sinar Harian.

Hasni berkata, pihak Syarikat Air Johor (SAJ) turut menyediakan bantuan tangki bekalan air bergerak di kawasan yang terletak jauh dari LRA Semanggar dan kawasan penempatan tinggi sehingga bekalan pulih sepenuhnya.

"Kita akan hantar bantuan tangki air bergerak di kawasan-kawasan tinggi dan penempatan yang jauh dari loji untuk tempoh satu hari lagi," katanya.

Orang ramai yang terlibat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi SAJ Info Centre di talian 1800 88 7474 atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke talian 019-7727474.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR SETAR - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) diminta agar tidak ‘kelam kabut’ dalam isu membabitkan empangan Muda di Ulu Muda yang didakwa semakin mengecil akibat aktiviti penebangan hutan.
  • BUTTERWORTH - Sampai bila harus begini? Itu luahan seorang wanita di Kuala Bekah, Kepala Batas apabila mendakwa hampir empat tahun terpaksa menumpang bekalan elektrik dan air ditarik daripada rumah ibu saudaranya.
  • SETIU - Seorang ibu yang masih berpantang terpaksa turun bukit mengangkut air di telaga berhampiran rumahnya bagi mendapatkan bekalan air untuk kegunaan harian.
  • KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Ampang dekat sini masih mengalami gangguan bekalan air sementara sejak semalam berikutan paip pecah di Lot 416, Lorong Ikan Emas 12, Kampung Ampang Campuran.