JOHOR BAHRU - Gagasan Sejahtera Johor yang dianggotai Pas, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) umum tanding 20 kerusi Parlimen dan 41 kerusi Dun pada PRU14 nanti.

Pengumuman  dibuat oleh Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin dalam Majlis Pengisytiharan Calon Gagasan Sejahtera Johor di Hotel New York, di sini, sebentar tadi.

Bagi kerusi Parlimen calon-calonnya ialah Khairul Faizi Ahmad Kamil diumumkan sebagai calon Segamat; Datuk Sarchu Sawal (Labis); Ahmad Nawfal Mahfodz (Pagoh); Rusman Kemin (Ledang); Mohammad Zahrul Salleh (Bakri).

Selain itu, Abdul Aziz Talib (Muar); Ahmad Rosdi Bahari (Parit Sulong); Mardi Marwan (Ayer Hitam); M Ash’ari Sidon (Sri Gading); Datuk Dr Mahfodz Mohamed (Batu Pahat); Mohd Jubri Selamat (Simpang Renggam); A Rahman A Hamid (Mersing); Muhammad Hasbullah Md Najib (Kluang).

Turut dicalonkan, Yuhanita Yunan (Tenggara); Abdullah Husin (Tebrau); Ab Aziz Abdullah (Pasir Gudang); Dr Mohd Mazri Yahya (Pulai); Juwahir Amin (Kulai); Dr Baharom Mohamad (Pontian) dan Nordin Othman (Tanjung Piai).

Manakala untuk kerusi Dun, Khairul Faizi Ahmad Kamil dicalonkan untuk kerusi Jementah; Normala Sudirman (Pemanis); Nasharudin Awang (Tenang); Muhamad Nur Iqbal Abd Razak (Bukit Kepong); Kapt (B) Najib Lep (Bukit Pasir); Datuk Dr Mahfodz Mohamed (Gambir); Mustaffa Salleh (Serom).

Selain itu, Dr Mohd Mazri Yahya (Simpang Jeram); Azman Ibrahim (Bukit Naning); Dr Mohammad Taslim (Maharani); Cheman Yusoh (Sungai Balang); Adnan Othman (Semerah); Sallehuddin Ab Rashid (Sri Medan); Muhammad Abdullah (Yong Peng); Mohd Bakri Samian (Semarang).

Turut dicalonkan, Nasir Abdullah (Parit Yaani); Abdul Hadi Harun (Parit Raja); Misran Samian (Penggaram); Dr Mohd Ramli Md Kari (Senggarang); Mohd Tumiran Ahmad (Rengit); Azlisham Azhar (Machap); Mohd Jubri Selamat (Layang-Layang); Muhammad Hasbullah Md Najib (Mahkota); Roslan Nikmat (Endau).

Selain itu, A Rahman A Hamid (Tenggaroh); Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar (Panti); Bahrin Alias  (Pasir Raja); Siti Zaharah Othman (Johor Lama); Azman Atmin (Tiram); Abdullah Husin (Puteri Wangsa); R Kumutha (Johor Jaya); Ab Aziz Abdullah (Permas).

Gagasan Sejahtera Johor turut mengumumkan Zakiah Tukirin (Larkin); Muhamad Nazrin Ihsan (Perling); Dzulkifli Suleiman (Kempas); Sallehuddin Mohd Dahiran (Kota Iskandar); Ab Aziz Jaafar (Bukit Permai); Juwahir Amin (Bukit Batu); Mohd Firdaus Jaffar (Benut); Dr Baharom Mohamad (Pulai Sebatang) dan Dr Abdul Karim Deraman (Kukup).

Abdullah Husin dalam ucapannya berkata, senarai calon yang diumumkan merupakan gabung jalin antara pelbagai lapisan usia dan latar belakang.

Menurutnya, 15 peratus merupakan ulama, 25 peratus adalah aktivis dan selebihnya terdiri daripada profesional.

“Kita menampilkan 46 calon lelaki dan kita menampilkan lima calon wanita termasuk seorang bukan Islam dari Dewan Himpunan Penyokong Pas.

“PRU pada kali ini kita juga memberi peluang kepada muslimat untuk menjadi wakil rakyat,” katanya.

Menurutnya, purata usia calon Gagasan Sejahtera Johor adalah 52 tahun di mana calon paling muda merupakan 29 tahun.

Selain itu, beliau berkata, tiga mantan pensyarah juga diketengahkan sebagai calon.

“Orang kata ramai pemimpin lari masuk parti Amanah. Jadi tiada profesional, tinggal tok lebai. Sebenarnya masih ramai lagi profesional.

“Kita sertai PRU14 dengan semangat yang tinggi, iltizam yang mantap dan optimis memenangi pilihan raya,” katanya.

PRU13 lalu, Pas Johor bertanding lapan kerusi Parlimen dan 30 kerusi Dun.