JOHOR BAHRU - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini, bagi menempatkan 16 keluarga melibatkan 59 mangsa setakat jam 10.30 pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor, Kol (PA) Mat Zin Bujang berkata, dua PPS berkenaan adalah Dewan Pusat Khidmat Penyayang, Air Hitam dekat Batu Pahat dan Sekolah Kebangsaan Tanjong Tohor di Muar.

"Kawasan yang terjejas bagi Daerah Batu Pahat adalah di Air Hitam iaitu Lorong Budin, Kilometer 31.5 Jalan Batu Pahat; Kampung Parit Khalil dan Kampung Parit Samion.

“PPS Dewan Pusat Khidmat Penyayang yang dibuka pada Isnin lalu, menempatkan 11 keluarga dengan 37 mangsa.

"Bagi daerah Muar, kawasan yang terjejas adalah Kampung Sungai Pulai. PPS dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan Tanjong Tohor yang dibuka sejak semalam, menempatkan lima keluarga dengan 22 mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mat Zin berkata, sebuah PPS di daerah Johor Bahru iaitu Sekolah Kebangsaan Nam Heng yang dibuka pada Isnin lalu, kini ditutup pada hari ini.

Katanya, sebelum ini, daerah ini menempatkan keluarga dan mangsa banjir bagi kawasan Kampung Pasir, Permatang (Kempas), Batu 20 (Kampung Sungai Tiram) dan Kampung Paya (Nam Heng).

Beliau memberitahu pemantauan berterusan dilakukan oleh pihaknya dengan agensi berkaitan dan pejabat daerah.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Sehingga pukul 12 tengah hari tadi, satu daripada dua pusat pemindahan sementara untuk Kampung Permatang, Kempas dan Kampung Laut, Skudai telah ditutup sepenuhnya selepas air mulai surut.
  • KANGAR - Hanya sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka untuk menempatkan 20 orang daripada lapan keluarga yang terlibat banjir di Perlis.
  • TANAH MERAH - Sebanyak 28 keluarga terakhir yang masih tinggal di pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini, malam tadi, terpilih menerima sumbangan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
  • PERMAISURI - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu memuji penduduk dan komuniti di negeri ini yang mengambil langkah berpindah sendiri ke pusat pemindahan di kawasan berhampiran.
  • TANAH MERAH - Seramai 874 orang daripada 252 keluarga masih berada di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini sehingga jam 7 petang ini.