JOHOR BAHRU - Beberapa bangunan di sekitar bandar raya ini dilaporkan merasai gegaran, dipercayai susulan gempa bumi 6.4 skala richter di selatan Sumatera Indonesia, kira-kira jam11.02 pagi tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Negeri Johor berkata, dua bangunan dilaporkan mengalami gegaran iaitu Menara Kastam, Tebrau dan Bangunan Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN), Tampoi.

"Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian ini kira-kira jam 11.23 pagi dan terus bergegas di tempat kejadian.

"Kedua-dua bangunan kemudiannya dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan dalam kedua-dua kejadian itu.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.