JOHOR BAHRU - Akibat mencium mulut seorang wanita minggu lalu, seorang penganggur menerima padah apabila dihukum penjara dua bulan Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Tertuduh, Dall Zakaria, 26, di sini, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Sri Pandan, di sini, pada jam lebih kurang 5.00 petang, 25 Oktober lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, Dall didakwa menggunakan kekerasan jenayah, mencabul kehormatan seorang wanita, Nor Baizura Mahat, 29 dengan mencium mulut.

Majistret Mohd Azlan Shah Allias menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati tertuduh bersalah di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.