JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri  mencadangkan wujudkan Pusat Kecemerlangan Rel Negara seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2018 dibina di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata ketetapan itu diputuskan selepas mesyuarat Exco semalam yang akan dikemukakan kepada kerajaan pusat.

"Dalam Bajet 2018, menyatakan hasrat kerajaan melaksanakan pusat latihan itu, sewarjarnya Kerajaan Johor berusaha untuk menempatkan pusat ini di negeri ini kerana banyak terdapat projek-projek berkaitan industri rel ini di negeri ini.

"Peluang melalui pembangunan itu nampaknya banyak perancangan dibuat di negeri Johor, jadi apa yang kekurangan dalam program pembangunan itu adalah penggisian, ini adalah satu peluang keemasan, "katanya selepas merasmikan Seminar Sistem Pembinaan Berindustri (IBS) Untuk Kontraktor Bumiputera di sini hari ini.

Tambahnya, selain HSR, projek mega lain membabitkan industri rel antaranya Bas Rapid Transit (BRT), projek landasan berkembar elektrik Gemas - Johor Bahru dan Sistem Transit Rapid (RTS).

Beliau berkata, tapak pusat tersebut dicadangkan  dibina di kawasan antara Johor Bahru - Pontian - Ulu Choh dan Skudai.