JOHOR BAHRU - Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor menegaskan bahawa Bilik Kebal Pentadbiran Tanah Johor tidak dibolosi.

Pengarahnya, Mohd Halim Hasbullah berkata, malah tidak terdapat sebarang kehilangan dokumen pemilikan tanah sebagaimana yang dilaporkan oleh pihak tertentu.

"PTG Johor sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya termasuk mematuhi segala prosedur yang ditetapkan bagi semua urusan tanah di Pentadbiran Tanah Johor.

"PTG Johor juga memberi jaminan bahawa dokumen hakmilik tanah Pendaftar yang disimpan di semua Bilik Kebal Pentadbiran Tanah Johor adalah berada dalam keadaan selamat dari sebarang pencerobohan," katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Halim berkata, PTG Johor sentiasa mengambil langkah bagi memastikan tahap keselamatan dokumen di Pentadbiran Tanah Johor kekal berada dalam keadaan baik dan terpelihara.

Beliau mengulas isu berkaitan keselamatan Bilik Kebal di PTG Johor telah mendapat perhatian pelbagai pihak sejak polis membuat tangkapan terhadap beberapa individu yang disyaki terlibat dalam urusan yang diragui berkaitan hartanah di negeri ini.

Berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat oleh pemilik tanah yang terlibat, pentadbiran itu mendapati bahawa kes yang dimaksudkan adalah berkaitan pemalsuan dokumen dan terdapat unsur-unsur penipuan melibatkan urusniaga tanah yang pada masa ini, masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan sedang melaksanakan program pemutihan terhadap tanah milik kerajaan negeri yang diduduki di atas status Tanah Pendudukan Sementara atau TOL.
  • PORT DICKSON - Pemilik tanah lot kawasan penternakan babi (PFA) di Tanah Merah Site A dan Bukit Pelandok mengemukakan permohonan menukar status tanah dan pengurangan bayaran premium tanah daripada kerajaan negeri.
  • JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor meluluskan permohonan 146 penduduk perkampungan di Permatang Kempas, di sini untuk mendapatkan hak milik tanah didiami.
  • ALOR SETAR - Kerajaan negeri telah mengenal pasti sebanyak 229 daripada 573 kawasan tanah masjid di negeri ini yang status tanahnya masih bukan di bawah Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK), persidangan Dun diberitahu hari ini.
  • TUMPAT - Pembinaan rumah di penempatan baharu bagi 13 keluarga yang terlibat dengan pengambilan tanah untuk Projek Kampung Warisan Pelancongan di Kampung Laut dijangka siap pada Oktober ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.