JOHOR BAHRU - Gambar seekor bangkai dugong dengan linangan air mata darah mengundang rasa simpati orang ramai.

Dugong tersebut ditemui terapung di pantai Kampung Tanjung Balang, Pulau Tinggi,  petang semalam.

Pengarah Jabatan Taman Laut Johor, Mohd Nizam Ismail berkata menerima laporan dari orang kampung kira-kira jam 5 petang dan kemudiannya menggerakkan sepasukan pegawai dan kakitangan ke lokasi penemuan haiwan berkenaan.

Laporan dan maklumat terperinci mengenai punca kematian bangkai dugong itu belum diperolehi.

"Bangkai dugong ini akan dibawa ke jeti lkim Mersing pada jam 1 atau 2 petang ini untuk diserahkan kepada Jabatan Perikanan Johor untuk tindakan selanjutnya.

“Selain itu, pihak Institut Penyelidikan Perikanan Rantau Abang (FRI) bagi menjalankan siasatan terperinci terutama dalam mengenal pasti punca kejadian haiwan berkenaan mati," katanya.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.