BATU PAHAT - “Lepas arwah meninggal, baru kami perasan tujuannya beli dua kain batik lepas dan suruh kami simpannya baik-baik dalam almari,” kata Noryani Wahadi, 31.

Noryani merupakan anak kepada pasangan suami isteri Wahadi Jamos, 62, dan Rokiah Jangi, 64, yang maut selepas motosikal mereka dirempuh sebuah kereta di Kilometer 5, Jalan Bukit Pasir pada Isnin lalu.

Menurut Noryani, kali terakhir dia berjumpa ibu dan ayahnya pada Aidiladha lalu dan ketika itu mereka memang tidak banyak bercakap, berbeza dengan perwatakan sebelum ini yang ceria.

Katanya, dia tidak sangka pesanan ibunya sebelum ini sebagai persiapan untuk menghadapi kematian.

“Ayah pula minta semua ahli keluarga dan anak cucunya berkumpul pada Aidiladha lalu dan mahu mengadakan barbeku.

“Namun peliknya dia pula tidak mahu makan dan minta makanan itu diberikan kepada adik-beradiknya dahulu,” katanya ketika ditemui di Kampung Parit Lapis Bangas di sini, selepas menerima lawatan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), semalam.

Turut hadir, Adun Sri Medan, Datuk Zukurnain Kamisan dan Pengurus Perkeso Cawangan Batu Pahat, Suhara Mustaffa yang menyampaikan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000 kepada Noryani.

Sementara itu, Suhara memohon kerjasama orang ramai supaya menyampaikan maklumat kepada pihaknya jika ada kenalan dan ahli keluarga mereka terbabit dalam kemalangan di tempat kerja termasuk ketika pergi dan pulang bekerja.

“Penyaluran maklumat termasuk nombor telefon dan alamat tempat tinggal waris amat membantu kami untuk memudahkan urusan tuntutan kepada waris,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA KRAI - Jururawat yang cedera parah dalam kemalangan di Kilometer 57, Jalan Kota Bharu, Gua Musang 24 Oktober lalu meninggal dunia di sisi suaminya di Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM) Kubang Kerian pada jam 3.13 pagi tadi.
  • PONTIAN - Bekas Adun Pulai Sebatang, Datin Khatijah Md Som, meninggal dunia akibat sakit tua, kira-kira jam 8.30 pagi tadi di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.
  • SUNGAI PETANI - Mangsa keenam insiden kebakaran empat buah rumah papan di Kampung Sungai Gelugor di Taman Petani Jaya, dekat sini, Selasa lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar hari ini.
  • TEMERLOH - Bapa kepada Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, Shamsudin Sulaiman menghembuskan nafas terakhir jam 3.46 petang ini di Hospital Kuala Lumpur.
  • GUA MUSANG - Bayi yang menderita pelbagai komplikasi penyakit termasuk buah pinggang kronik, Siti Nur Qisya Aleysia Hasmanizan, 7 bulan, akhirnya menghembuskan nafas terakhir, kira-kira jam 7.15 pagi semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.