JOHOR BAHRU - Pesara Pegawai Tadbir Negeri Johor, Datin Paduka Hapipah Endot diumumkan sebagai penerima anugerah khas bagi Anugerah Tokoh Wanita sempena Karnival Wanita Negeri Johor 2017, hari ini.

Beliau yang kini berusia 71 tahun merupakan bekas Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor (PIJ) pada tahun 1996 hingga 2001.

Selain itu, Hapipah yang masih aktif dalam Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dan Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor juga merupakan pegawai daerah wanita pertama di Johor.

Hapipah ketika ditemui pemberita mengakui terkejut dengan penganugerahan yang diterima pada karnival tersebut.

“Anugerah ini merupakan satu kejutan bagi saya, tak jangka dapat apa-apa,” katanya.

Beliau mengakui aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan aktiviti kemasyarakatan sebagai ganti masa yang pernah dipersiakan sebelum ini.

Selain Hapipah, turut disampaikan Anugerah Tokoh Wanita bagi kategori keusahawanan, India, orang kurang upaya, Cina, Orang Asli, pendidikan, sukan, sosial dan kemasyarakatan serta seni dan budaya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :