PONTIAN - Anak bongsu dari enam beradik, Nurul Farah Haida, 21 menyimpan impian untuk meraikan hari jadi ayah Mahabob Hasimat, 55 pada 31 Januari ini bersama seluruh ahli keluarga.

Nurul Farah Haida yang mempunyai pasangan kembar, Nurul Farah Haiza berkata, dia amat berharap agar ayahnya  masih ditahan di Penjara Tanjung Pinang Indonesia dapat dibebaskan dan pulang ke pangkuan keluarga sebelum tibanya tarikh yang cukup bermakna ini.

Jelasnya, dia tidak pernah berhenti berdoa agar ayahnya itu segera dibebaskan selepas ditahan pihak berkuasa Indonesia sejak tujuh bulan kerana didakwa menceroboh perairan negara itu.

“Selepas solat saya akan doa agar ayah cepat balik, saya sangat rindukan ayah.

“Saya sangat berharap agar kami sekeluarga dapat berkumpul bersama ayah untuk meraikan hari jadinya yang ke-56 pada 31 Januari ini,” katanya ketika ditemui selepas lawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dirumahnya di Kampung Pulai Sebatang di sini petang tadi.

Bagi ibunya Besah Abu Bakar, 57 pula bersyukur kerana suaminya, Mahabob Hasimat akan dibebaskan tidak lama lagi.

Katanya, dia sekeluarga lega selepas mendengar penjelasan lawatan  Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung pembebasan Mahabob bersama lima lagi nelayan Malaysia yang ditahan di Indonesia.

“Walaupun lawatan ini singkat, tetapi menteri telah berikan kami sekeluarga khabar gembira. Saya dan anak-anak tidak sabar hendak kepulangan ayah mereka,” katanya.

Besah memberitahu anak-anaknya juga sanggup pulang dari Kuala Lumpur, untuk mendengar sendiri penjelasan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang datang melawat kami sekeluarga hari ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BALIK PULAU - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pulau Pinang mengingatkan golongan nelayan supaya menghargai setiap bantuan dan kemudahan yang berikan oleh kerajaan pada setiap bulan.
  • KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim) Terengganu memandang serius isu pencerobohan nelayan di kawasan pelantar minyak di perairan negeri.
  • KOTA TINGGI - Keluarga nelayan yang hilang dipercayai lemas di perairan Tanjung Sepang pada 4 Februari lalu berhasrat untuk melakukan solat jenazah ghaib ekoran kini sudah hampir dua minggu mangsa gagal dijumpai.
  • BESUT - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM500,000 untuk pembinaan tukun tiruan konkrit atau tukun dasar lembut di perairan Besut pada tahun ini.
  • PONTIAN - Keluarga kepada tekong bot yang masih ditahan di sebuah penjara di Tanjung Pinang, Indonesia mempersoalkan berapa lama mereka perlu menunggu kepulangan orang tersayang meskipun janji pembebasan telah diberikan.