JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor meluluskan permohonan 146 penduduk perkampungan di Permatang Kempas, di sini untuk mendapatkan hak milik tanah didiami.

Perkampungan berkenaan adalah Kampung Permatang 5, Kampung Lorong Aman, Kampung Lembah Murni dan Kampung Jalan Masjid.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Johor pada minggu lalu, kerajaan negeri telah meluluskan permohonan itu secara berprinsip.

"Kita sudah luluskan secara berprinsip supaya permohonan penduduk empat kampung ini kita setuju supaya mereka mendapat hak milik.

"Tapi seperti kata Yang Berhormat Datuk Nur Jazlan, kita akan kaji dulu. Mungkin ada yang terlibat dengan sungai apa semua. Yang lain yang tak terlibat, Insya-ALLAH kita akan pastikan tuan-tuan dan puan-puan akan dapat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke Kampung Permatang Kempas, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Adun Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat.

Mohamed Khaled berkata, dari segi dasar kerajaan negeri, semua tanah-tanah yang diberi hak milik kepada orang Melayu (termasuklah di Permatang kempas) dijadikan sebagai rizab Melayu.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MALAYSIA - PEMILIK tanah kebun durian di Kampung Padang Lebar, menafikan penularan dakwaan pencerobohan dan pengeluaran hasil hutan berlaku sekali gus merosakkan jalan kampung di kawasan tersebut.
  • SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung isu penyerahan tanah bernilai 1.18 bilion di Ijok, Kuala Selangor.
  • KUCHING - Kerajaan negeri Sarawak bersedia meminda Kanun Tanah Sarawak sebagai jalan penyelesaian isu Pemakai Menua dan Pulau Galau, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
  • GUANDONG - CHINA. Pemaju hartanah, Country Garden Pacific View (CGPV) menjadi pemacu haluan dua hala untuk dua institusi pendidikan tinggi bagi mengembangkan bidang kemahiran dan penyelidikan antara Malaysia dan China.
  • REMBAU - “Susah hati saya. Dulu janji saya duduk sini sampai mati. Sekarang disuruh pula keluar dari rumah pusaka ini,” kata Rokiah Ibrahim, 80an, ketika ditemui di rumah pusakanya di Kampung Kota, di sini, semalam.