• IPU Muar tahap tidak sihat Pandangan masjid kedua Muar diselubungi kabus jerebu sejak empat hari lalu.
1 /

MUAR - Indeks Pencemaran Udara (IPU) daerah ini berada pada tahap tidak sihat di seluruh negara dengan bacaan 127 sejak masalah jerebu melanda Muar, empat hari lalu.

Berdasarkan laman web Jabatan Alam Sekitar sehingga jam 11 pagi semalam, menunjukkan daerah ini mencatatkan IPU tertinggi diikuti Pasir Gudang (103), Kota Tinggi (95) dan Larkin lama (92) bagi tempoh sama.

IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya  (lebih 301).

Ketua Polis Marin daerah, Asisten Superintendan Nordin Osman berkata, semua kapal nelayan terutamanya jenis  pukat tunda dinasihatkan supaya lebih berwaspada ketika semasa menangkap ikan di sepanjang Selat Melaka dan muara Sungai Muar.

Menurutnya, mereka perlu sentiasa menghidupkan lampu pada waktu malam bagi mengelakkan perlanggaran antara kapal di laut.